Jumaat, April 30, 2010

SENDUDUK

Buah senduduk masak
Bunga senduduk
Buah yang masih putik


Senduduk atau dipanggil dengan nama Keduduk (di Kedah), boleh dijumpai di kawasan kampung, kawasan semak dan pinggir hutan. Tinggi pokok ini biasanya 1m tetapi kadang-kadang boleh mencecah hingga 2m.

Senduduk dalam gambar di atas ialah senduduk berbunga ungu yang biasa ditemui, tidak seperti senduduk putih agak sukar dijumpai. Senduduk berbunga ungu ini juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi...daunnya dijadikan rempah ratus bersama daun dan herba lain untuk mengembalikan kecergasan badan, akarnya boleh dijadikan penawar buasir,bunganya boleh menghilangkan parut di badan manakala buahnya pula menjadi makanan burung dan boleh juga dimakan oleh manusia

Rabu, April 28, 2010

MUT MUT


Posted by Picasa

Mut Mut juga dinamakan cendawan Mekah... dikatakan berasal dari Manchuria, airnya diminum sejak zaman silam dalam upacara keagamaan di Manchuria. Rasanya masam, kelat dan sedikit manis. Airnya yang masam dan berasid ini dikatakan menjadi penawar berbagai jenis penyakit antaranya : arthritis, gout, sakit sendi, sakit saraf dan sembelit.

Walau bagaimanapun... mut mut dalam gambar di atas saya pelihara sejak 6 bulan yang lalu setelah mendapat benih sebesar 2 inci sahaja dari sebuah kampung pedalaman di Kedah... saya sendiri tidak tahu mut mut ini makhluk jenis apa... yang pasti ia hidup dan membiak... jika pembaca yang melayari blog ini ada maklumat atau mengetahui tentang mut mut ini, silakan berkongsi dengan saya...
Wallahu a'lam....

Selasa, April 27, 2010

GUCIR @ GUNCIAG

Buah yang masih putik
Buah yang masak
Bentuk daun
Pokok Gucir @ Gunciag

Pokok Gucir atau Gunciag (sebutan utara) tumbuh di kawasan kampung dan pinggir hutan, buahnya berbentuk butir-butir halus menjadi makanan burung. Rasanya manis kelat, biasanya pokok yang sedang berbuah akan menjadi persinggahan burung-burung terutamanya burung merbah dan capa.
Posted by Picasa

Ahad, April 25, 2010

LETUP @ LELETUP




Pokok letup atau leletup adalah tumbuhan menjalar dan memanjat, boleh didapati di kawasan belukar atau pinggir hutan. Pucuknya boleh dijadikan ulam setelah dicelur dengan air panas. Buahnya diselaputi oleh pelindung semulajadi, menjadi makanan burung-burung setelah masak, rasanya manis bercampur kelat, jika boleh dimakan oleh binatang, ia selamat juga dimakan oleh manusia.
Posted by Picasa

Ahad, April 18, 2010

SEMAKIN PUPUS



Kumbang bunga, jarang kelihatan walaupun di kawasan taman bunga atau kebun buah-buahan yang sedang berbunga. Tandanya ia semakin pupus, punca kepupusan ialah habitatnya yang sesuai untuk membiak telah musnah dan udara semakin tercemar menyebabkan ia berpindah ke kawasan lain yang jauh dari petempatan manusia.
Posted by Picasa

MAKANAN DAN HIASAN



Allah mencipta binatang memenuhi bumi untuk keperluan manusia.... khalifah Allah di muka bumi dan sebaik-baik kejadian, sesetengah binatang itu boleh dijadikan tunggangan dan sesetengah yang lain pula boleh dijadikan makanan.

Begitu juga ikan yang mempunyai "daging yang baik" disebut "lahman thariyya" di dalam al-Qur'an, sebahagiannya dijadikan makanan oleh manusia dan sebahagian yang lain dijadikan perhiasan...

Khamis, April 15, 2010

BUAH SENERUI @ CEMAMAG






Pokok senerui atau cemamag (Kedah) adalah tumbuhan belukar, boleh didapati dengan mudah di kawasan belukar atau hutan dara, pucuknya boleh dijadikan ulam dan buahnya menjadi makanan burung-burung. Khasiat ulam pucuk senerui dikatakan boleh menurunkan paras tekanan darah tinggi.

Jumaat, April 09, 2010

TASBIH BUATAN SENDIRI


Tasbih buatan sendiri... dibuat dari buah ibus @ buah iboi. Pokok ibus @ iboi tumbuh di kawasan berhampiran sumber air, sejenis tumbuhan dari spesis palma, boleh didapati dengan mudah di kawasan kampung berhampiran sawah padi di Kedah dan Seberang Perai.

Allah menjadikan beberapa jenis tumbuhan... sebahagiannya untuk sumber makanan, dan sebahagian yang lain pula boleh dimanfaatkan manusia dari sudut lain... kegunaan kayu-kayannya, buahnya walaupun tidak boleh di makan.... boleh pula digunakan untuk tujuan lain... untuk berzikir mengingati Penciptanya... Subhanallah....

Isnin, April 05, 2010

CANTIK? SIAPA PENCIPTANYA......?




Kering kontang.... tapi cantik menawan bila dijadikan hiasan. Antara ciptaan Tuhan... sebahagian untuk dijadikan makanan... sebahagiannya boleh pula dijadikan perhiasan......
Posted by Picasa

Jumaat, April 02, 2010

BERUSAHA INDAHKAN PERSEKITARAN


Mini taman yang indah dan cantik boleh di lihat dimana-mana... kita sentiasa berusaha mengindahkan lanskap sekitar kita agar keindahan fizikal persekitaran memberi ketenangan kepada jiwa kita... tapi sedarkah kita.... jika hati kita tidak dihiasi dengan keindahan sifat-sifat terpuji yang melatari lanskap hati kita... ketenangan jiwa tidak akan wujud dalam diri kita walaupun seluruh alam ini dijadikan taman indah....
Posted by Picasa