Sabtu, Mei 29, 2010

BUNGA PISANG

Dinamakan Bunga Pisang kerana baunya seakan-akan bau pisang, ia adalah sejenis tanaman penghias halaman kampung Melayu Tradisional, ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga 2 meter, berbatang keras, berdaun lebat dan tumbuh merimbun.
Bunga Pisang pada masa dahulu sering digunakan untuk mengharumkan bilik dan ruang tamu, 2 hingga 4 kuntum sudah cukup untuk memberikan aroma yang menyegarkan ruang tamu anda.
Pokok Bunga Pisang juga berbuah, apabila masak buahnya berwarna merah tua kemudian bertukar hitam....

Rabu, Mei 26, 2010

BUAH SAMARINDA

Pokok Samarinda ditanam sebagai tanaman hiasan sudut halaman rumah di kampung tradisional Melayu, buahnya masam dan kelat ketika masak (seperti gambar di atas). Buah yang ranum berwarna merah kehitaman.... kelihatan seperti anggur hitam .
Pokok Samarinda boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter, berdaun kecil dan berbuah sepanjang tahun.

Buah Samarinda yang putik dan masih muda sesuai dijadikan jeruk.

Ahad, Mei 23, 2010

GUNUNG JERAI

Gunung Jerai atau dikenali juga sebagai Puncak Kedah, tingginya 1217 meter atau 3992 kaki, terletak di Daerah Kuala Muda, sebuah gunung yang mejadi mercu tanda dan kebanggaan Negeri Kedah Darul Aman / Kedah Sejahtera. Pemandangan ini dirakam di kampungku... perkampungan sawah padi di Pendang...
Anak padi menghijau, deretan pokok pisang .... pemandangan biasa bagiku sejak kecil... tapi kini, setelah 40 tahun berlalu... pemandangan ini sentiasa kurindui.... pulang sekali-sekala ke kampung.... ziarah pusara ayah bonda.... menitis air mata, di sinilah ayah bonda berjuang, membanting tulang demi sebuah kehidupan.....

Khamis, Mei 20, 2010

MENGKUDU

Mengkudu atau nama botaninya Morinda Citrifolia sejenis pokok berdaun kembar, banyak didapati tumbuh di Semenanjung Malaysia dan negeri-negeri yang beriklim serupa dengannya. Batangnya licin dan berwarna kelabu, rantingnya pula mudah patah. Teras kayunya berwarna kuning, kononnnya di zaman Jepun dahulu ( Perang Dunia ke-2) , teras kayunya dijadikan serbuk untuk digunakan sebagai pewarna dalam masakan.
Mengkudu berbunga sepanjang tahun dan buahnya akan matang dalam masa 4 bulan. Buah dan pucuknya mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi, pucuknya boleh dijadikan ulam, buahnya diproses untuk dijadikan jus minuman kesihatan. Di Sabah, suku Bajau Laut atau dipanggil Pala'uk menjadikan buah mengkudu sebagai makanan dan dimakan segar sebaik sahaja dipetik, tidak hairanlah golongan Pala'uk ini muncul sebagai pelaut atau gipsi laut yang sangat tahan lasak, jarang mendapat penyakit walaupun sering terdedah kepada cuaca yang tidak menentu.
Mengkudu hutan biasanya tumbuh berumpun dan rendang, buahnya bersaiz kecil dan kehijauan, manakala mengkudu yang ditanam untuk tujuan komersial, pokoknya tidak rendang, berdaun lebar, buahnya lebih cerah dan bersaiz lebih besar.

Sabtu, Mei 15, 2010

POHON SENA

Pokok Sena juga dikenali sebagai Angsana, ia adalah pokok tinggi boleh mencecah ketinggian 30m dan mencapai usia ratusan tahun. Berkayu keras dan harum, di Indonesia ia dipanggil Sonnokembang, di Filipina dipanggil Narra manakala di Thailand ia dinamakan Pradu. Nama botaninya "sena/angsana/pterocarpus indicus", kayunya menghasilkan balak yang baik dan sesuai untuk dijadikan perabot.
Pokok sena yang tumbuh di Malaysia berbunga antara bulan Januari hingga Mei, bunganya berwarna kuning dan berbau harum. Buahnya pula (gambar bawah) apabila masak berwarna perang.

Isnin, Mei 10, 2010

MENGKARUNG




Mengkarung berekor panjang, jinak dan agak ganjil kerana ekornya lebih panjang berbanding dengan mengkarung yang biasa ditemui. Anak mengkarung ini ditemui bersembunyi dari pemangsa di kawasan kediaman.
Posted by Picasa

Selasa, Mei 04, 2010

BUNGA TANJUNG



Posted by Picasa

Bunga tanjung sangat terkenal di kalangan masyarakat Melayu, berbau harum dan menjadi tanaman hiasan kawasan istana zaman silam, kini... bunga tanjung mungkin tidak dikenali lagi oleh generasi hari ini...

Menariknya tentang bunga tanjung ini.... selain menghasilkan bunga yang berbau harum, ia juga menghasilkan buah yang cantik dan menarik.... tetapi tidak boleh dimakan oleh manusia.

Isnin, Mei 03, 2010

SESUMPAH



Sesumpah adalah sejenis binatang reptilia seumpama cicak yang boleh menukar dan menyesuaikan warna kulitnya seperti warna persekitarannya untuk tujuan keselamatan. Keistimewaan yang diberikan Allah kepadanya adalah satu kelebihan... hidup dengan memakan serangga lain dan boleh dijumpai dengan mudah di kawasan belukar malah kadang-kadang boleh didapati di kawasan kampung.
Posted by Picasa