Ahad, Disember 26, 2010

RUMAH KEDAH

Inilah bentuk rumah tradisional Melayu Kedah. Bahagian rumah terdiri dari rumah ibu, serambi, dapur, pelantar dan pelenggar. Rumah ibu digunakan sebagai ruang meraikan tetamu dan juga ruang tidur keluarga, anak-anak lelaki dan perempuan diasingkan kerana biasanya rumah Kedah tidak mempunyai bilik.
Bahagian serambi biasanya untuk menyimpan barang-barang, pelantar atau dinamakan juga sebagai "jemuran" berlantaikan buluh dan tidak beratap digunakan sebagai tempat menjemur.
Pelenggar pula terletak di bawah rumah digunakan untuk berehat atau tempat bersembang dengan jiran-jiran kerana masyarakat Melayu tradisional Kedah terkenal dengan budaya ziarah menziarahi sesama jiran.

3 ulasan:

  1. SALAM, DI MANAKAH GAMBAR INI DIAMBIL? SAYA INGIN BERKUNJUNG UNTUK MEMBUAT SEDIKIT KAJIAN MENGENAI SENIBINA MELAYU. TK

    BalasPadam
  2. Di Komplek Makam Mahsuri Pulau Langkawi... t/kasih.

    BalasPadam
  3. salam..adakah seni bina rumah papan melayu di kedah ada sedikit suntikan siam x?? atau tiada?

    BalasPadam