Sabtu, Januari 29, 2011

UNTUK PENGUNDI DUN TENANG



Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) saya merayu kepada seluruh pengundi di DUN N.05 Tenang supaya memberi undi kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu 'Cikgu Mala' dalam pengundian pada hari Sabtu 30 Januari ini. Segala tindak-tanduk tuan-tuan dan puan-puan para pengundi memberi implikasi yang besar kepada bukan sahaja kawasan Tenang tetapi kepada politik negara.

Kecelaruan politik negara yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini telah memberi kesan yang buruk kepada ekonomi dan sosial negara. Berlaku ketidakseimbangan ekonomi yang telah menyebabkan kenaikkan harga keperluan asas yang dirasai oleh rakyat terbanyak, dalam masa yang sama pemimpin negara dan ahli keluarga mereka terus berbelanja mewah manakala rakyat terbanyak menerima bebanan yang memeritkan kehidupan mereka seharian.

Sistem pendidikan yang bercelaru sehingga menyebabkan perbalahan kaum dan kos pendidikan yang meningkat. Rakyat hidup dalam ketakutan akibat jenayah yang semakin parah. Agama dipermain-mainkan semata-mata untuk dapatkan keuntungan politik. Dalam masa yang sama rasuah, penyelewengan wang rakyat berlaku secara berleluasa. Pemimpin yang hilang integriti dilantik kembali dalam pentadbiran negara.

Semua ini memerlukan satu isyarat yang jelas daripada pengundi supaya kerajaan yang ada berubah dasar dan sikap mereka, atau bersedia untuk diubah oleh rakyat dengan digantikan BN kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, pengundi di DUNTenang bertanggungjawab untuk memberi isyarat kepada pemerintah dengan memberi undi dan kemenangan kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu Cikgu Mala, seorang yang bersih, integriti tinggi dan berkemampuan mewakili tuan-tuan.

Kita perlukan segera perubahan untuk hidup yang lebih sejahtera. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia.


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS

27 Januari 2011

http://presiden.pas.org.my/

Selasa, Januari 18, 2011

SAGA

Pokok saga tumbuh di lingkungan negeri-negeri antara India dengan Indonesia. Di Semenanjung Malaysia, pokok ini tumbuh liar di kawasan Pantai Timur tetapi di tempat-tempat lain banyak juga terdapat di pinggir bandar dan ditanam di beberapa negeri di kawasan tropika. Nama botaninya ialah Adenanthera Pavonina dalam famili Leguminosae.

Pokok saga tumbuh setinggi antara 15 hingga 20 meter, batang pokoknya licin dan tidaklah besar. Daunnya sumbing terus dan susunan anak-anak daunnya seolah-olah membentuk corak-corak renda.

Pokok saga mudah dikenal semasa biji-biji saga masih ada dan berguguran di bawah pohonnya. Biji-biji saga ini dipungut oleh kanak-kanak untuk dibuat manik rantai leher dan lain-lainnya. Pada zaman dahulu biji saga digunakan oleh jauhari untuk menimbang emas : 16 biji saga = 1 mayam ..... 16 mayam = 1 bungkal.

Begitulah istimewanya biji saga dalam budaya hidup masyarakat Melayu....
Posted by Picasa

Isnin, Januari 03, 2011

TINGGAL KENANGAN....

Wujud lagikah rumah kediaman begini di negara kita???
Mengapa tidak .... jika anda berkunjung ke kawasan pedalaman di mana-mana negeri pun... kehidupan yang sederhana dan miskin sebegini masih wujud....
Gambar di atas dirakamkan pada tahun 1982 adalah rumah pemilik blog ini suatu ketika dahulu... hanya tinggal kenangan.... di sinilah pemilik blog ini bersama adik beradik berlindung dari panas dan hujan....