Selasa, Januari 18, 2011

SAGA

Pokok saga tumbuh di lingkungan negeri-negeri antara India dengan Indonesia. Di Semenanjung Malaysia, pokok ini tumbuh liar di kawasan Pantai Timur tetapi di tempat-tempat lain banyak juga terdapat di pinggir bandar dan ditanam di beberapa negeri di kawasan tropika. Nama botaninya ialah Adenanthera Pavonina dalam famili Leguminosae.

Pokok saga tumbuh setinggi antara 15 hingga 20 meter, batang pokoknya licin dan tidaklah besar. Daunnya sumbing terus dan susunan anak-anak daunnya seolah-olah membentuk corak-corak renda.

Pokok saga mudah dikenal semasa biji-biji saga masih ada dan berguguran di bawah pohonnya. Biji-biji saga ini dipungut oleh kanak-kanak untuk dibuat manik rantai leher dan lain-lainnya. Pada zaman dahulu biji saga digunakan oleh jauhari untuk menimbang emas : 16 biji saga = 1 mayam ..... 16 mayam = 1 bungkal.

Begitulah istimewanya biji saga dalam budaya hidup masyarakat Melayu....
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan