Jumaat, Februari 18, 2011

MAKANAN ANEH

Makanan yang aneh dan pelik terdapat di serata dunia dan menjadi budaya sesetengah suku kaum atau bangsa, sesetengah makanan pelik ini dimakan atas tuntutan kemiskinan, adat resam, perubatan, mencari sensasi dan tidak kurang juga kerana kejahilan dan takabbur seperti gambar di atas...

1. Sate Kalajengking
Kalajengking yang merupakan sejenis binatang berbisa itu dijadikan satey dan dimakan manusia. Aneh dan mengerikan sekali. Namun menu makanan ini popular di Thailand dan beberapa negara lain.
Sate kalajengking


2. Telur Yang Hampir Menetas (Sudah Jadi Embrio)
Mereka yang memakan makanan ini mengatakan makan embrio di telur yang sudah hampir menetas tersebut mampu memberikan tenaga atau kekuatan yang luar biasa, tapi bagi kita yang normal hal tersebut sangat-sangat menjijikan


3. Cengkerik Goreng
Makanan ini amat diminati di Kemboja dan Thailand, ia dimakan sambil bersantai seperti memakan snak yang lazat dan rangup.


4. Otak Babi


5. Guinie Pig panggang
Makanan ini menjadi kegemaran masyarakat yang tinggal di pedalaman Ecuador.


6. Ulat Sutera Panggang
Ulat sutera ini dipanggang seperti kebab. Dikatakan kaya dengan protin.


7. Labah-Labah Goreng
Tarantula adalah sejenis laba-laba besar yang berbisa, juga dimakan oleh manusia.


8. Testis Kambing
Makanan ini tidak pelik sebenarnya, di negara kita Malaysia sendiri... di kampung-kampung... testis atau telur kambing dimakan dengan cara dipanggang...


9. Penis Lembu
Makanan ini sangat mahal harganya. Dikatakan lembu jantan gagah yang tewas ketika bertarung dengan matador, penisnya menjadi rebutan ramai, mungkin ada rahsia tertentu kenapa ia menjadi rebutan.


Sumber: http://froozzgalih.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan