Selasa, Februari 15, 2011

POKOK YANG BOLEH BERJALAN


Sukar untuk dipercayai, tetapi tumbuhan ini benar - benar boleh berjalan. Tumbuhan ini berasal dari hutan tropika Afrika Selatan. Tumbuhan juga ini boleh tumbuh hingga mencapai ketinggian 25 meter, memiliki batang dengan ukur lilit 17 cm. Nama tumbuhan ini ialah "Socratea exorrhiza", juga dikenali "Walking Palm" atau "Cashapona"

Pokok ini memilki akar yang tidak seperti tumbuhan lain. Seperti yang kita lihat pada gambar, pokok ini seolah-olah “berdiri” dengan menggunakan akarnya ini. Pokok ini memang berdiri dengan akarnya, dan yang lebih mengejutkan adalah pokok ini dapat berpindah posisi dan lokasi.


Pada awalnya tidak ada yang mengetahui tentang peranan akarnya yang aneh itu, namun pada tahun 1961 sebuah fakta baru mengenai tumbuhan ini ditemui. Sebatang pokok ini tumbang kerana ditimpa oleh pokok lain, namun beberapa hari kemudian, tumbuh akar baru di sekitar akar yang lama.


Beberapa minggu kemudian, tanaman ini hampir berdiri tegak lagi dengan akar yang baru tadi. Meskipun dapat bergerak, tapi prosesnya dikatakan membutuhkan waktu yang cukup lama. Dikatakan pergerakannya hanya sekitar 1 meter setahun.

....tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berfikir...sesungguhnya semua ciptaan Allah ini tidak dijadikan sia-sia....semua ada peranan masing-masing....hatta seekor biawak yang hodoh sekalipun....

2 ulasan:

  1. Benarlah hujah Ahmad Deedat yg berhujah kpd org hindu yang tidak membunuh haiwan atas alasan bernyawa jadi org hindu hanya memakan sumber tumbuhan.Terbukti...tumbuhan juga bernyawa !!

    BalasPadam
  2. Allahu Akbar... info terbaru juga kepada hamba berkenaan hujjah Ahmad Deedat

    BalasPadam