Sabtu, Februari 19, 2011

SARANG BINATANG YANG MENAKJUBKAN


Binatang yang dijadikan Allah tanpa akal, hanya berekalkan naluri berjaya menghasilkan dan membina sarang yang menjadi kediaman untuk kelangsungan hidup mereka amat menakjubkan sekali. Tanpa mendapat latihan dan tunjuk ajar formal, mereka mempunyai kemahiran semulajadi membina sarang seolah-olah kemahiran tersebut sudah diprogramkan sejak mereka dilahirkan... di situlah tanda makhluk-makhluk ini diatur kehidupannya oleh Yang Maha Berkuasa ..

1. SARANG BURUNG PENENUN
Burung penenun iaitu sejenis burung tempua membina sarangnya secara kekal pada pokok-pokok dan objek yang tinggi. Sarang ini dibina cukup besar untuk menempatkan puluhan keluarga burung, bahkan melibatkan beberapa generasi kehidupan mereka.
Sarang yang berstruktur luarbiasa ini memberikan burung rasa yang lebih nyaman dan selesa dibanding dengan keadaan di luar. Pusat sarang mereka tetap panas dan digunakan untuk malam hari dan mengeram telur. Ruangan luar digunakan untuk berteduh di siang hari.

2. SARANG SEMUT
Kompleks sarang semut dibina oleh anggota-anggota koloni mereka yang sangat ramai. Sarang semut dibina di bawah tanah atau di atas pokok. Sarang semut ini dapat ditemui di dalam tanah, di bawah batu atau kayu dan di dalam batu berongga. Bahan yang digunakan untuk pembinaannya adalah tanah dan cebisan dedaunan.Sarang semut biasanya dikawal ketat oleh pengawal mereka.

3. SARANG MEMERANG/BEAVER
Sarang memerang yang dinamakan beaver ini dibuat dalam bentuk timbunan kayu-kayu hingga terbentuk satu bendungan di sungai, ia adalah untuk memberi perlindungan kepada mereka daripada pemangsa. Ia juga memberikan kemudahan kepada memerang untuk mendapatkan bekalan ikan yang menjadi makanan mereka dengan mudah. Memerang ini biasanya bekerja pada waktu malam hari untuk membina sarangnya, membawa lumpur dan batu dengan bahagian hadapan dipagari dengan kayu yang dipotong dengan menggunakan giginya sahaja.
Untuk memusnahkan sesebuah bendungan memerang tanpa mengeluarkan memerang adalah sesuatu yang mustahil kerana memerang ini dapat membina semula sarangnya seperti asal dalam tempoh semalaman sahaja.

4. SARANG LEBAH MADU
Lebah madu adalah salah satu spesies dari lebah yang membina sarangnya dari lilin yang berasal dari nektar bunga. Sarang lebah juga berbentuk menarik dan luar biasa. Sarang lebah ini berbeza bentuknya berdasarkan habitat tempat tinggal mereka, contohnya sarang lebah hutan berbeza berbanding dengan lebah di kawasan gurun.

5. SARANG ANAI-ANAI
Anai-anai membina dan mempertahankan sarang koloni mereka seperti rumah. Sarang mereka berstruktur rumit dibuat dengan menggunakan kombinasi dari tanah, lumpur, kayu yang dikunyah dan air liur.
Sarang anai-anai berbentuk terowong seperti sebuah galeri yang efektif memberikan udara dan mengawal kelembapan serta suhu. Sarang anai-anai biasanya dibina di bawah tanah, dalam potongan-potongan kayu besar, pohon-pohon tumbang di dalam atau tinggal di puncak pohon. Ada juga spesies anai-anai yang membina sarang di atas tanah, dan berkembang menjadi binaan yang menakjubkan.


6. KATAK POHON
Seperti namanya, katak ini biasanya ditemui di atas pohon dan tumbuh-tumbuhan yang tinggi. Mereka biasanya tidak turun ke tanah, ketika bertelur mereka membina busa pada daun dan selama hidup mereka hingga dewasa jarang mereka sekali meninggalkan pohon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan