Isnin, Februari 28, 2011

TUJUH PEMAIN BOLA KERANJANG PALING PENDEK


Pemain bola keranjang biasanya tinggi lampai untuk membolehkan mereka beraksi dan bersaing di liga ternama di dunia seperti di NBA, walau bagaimanapun ada juga pemain bola keranjang yang boleh dianggap rendah dan pendek jika dibandingkan dengan pemain-pemain lain yang seangkatan dengan mereka. Kejayaan mereka menempatkan nama sebagai pemain yang bersaing dengan pemain ternama dunia adalah satu kejayaan yang bermakna sebenarnya ......

7. Michael Adams (178 cm)

Di kelas Rockie Sacramento King, dia hanya dapat menghasilkan mata untuk pasukannya purata 2.2 mata per perlawanan, tetapi selepas dia menceburkan diri sebagai pemain profesional di NBA dengan kelab Denver Nuggets, dia berjaya menghasilkan purata 26.5 mata dan 10.5 mata sebagai pemain gantian per perlawanan.
mike adams 267x400

6. Calvin Murphy (176 cm)

Calvin Murphy adalah seorang "defend" untuk Houston Rockets selama tempoh 1970-1983. meskipun dengan tinggi badanya yang hanya 176 cm, ia berhasil mencetak 1022 poin sepanjang sepanjang kariernya.Pada tahun 1971 dia beraksi di kelas All-Rookie Team di NBA, dan pada tahun 1979 dia beraksi di NBA All-Star Team.
calvin murphy 280x400

5. Nate Robinson (175 cm)

Nate Robinson bermain untuk New York Knicks.dia bermain di NBA Draft 2005. Phoenix Suns mengambilnya sebagai pemain tetapi dia kemudiannya dijual kepada New York Knicks.
nate robinson 333x400

4.Wataru “Kilo Wat” Misaka (171 cm)

Wataru Misaka adalah salah seorang daripada segelintir pemain terkenal NBA dari Asia. Meskipun dia sekarang sudah bersara, dia juga dikenali sebagai pemain Asia pertama dan sebagai pemain non-Kaukasia pertama yang menjadi sebahagian dari kebanggaan NBA. Wataru memiliki karier yang sangat singkat (1947-1948), dan ia hanya mampu bermain tiga perlawanan sebelum disingkirkan dari pasukannya.
wataru misaka

3. Anthony “Spud” Webb (170 cm)

Anthony Webb berdiri sebagai pemain terpendek ketiga untuk menjadi sebahagian dari pemain NBA. Setelah menghadiri Midland College dan North Carolina State University, dia memilih untuk bermain dengan Detroit Pistons pada tahun 1985 . Pada tahun 1986, Webb memasuki NBA Slam Dunk Contest, dan meskipun terpendek, memiliki lompatan yang amat baik sehingga melonjakkan dirinya menjadi pemain ternama.
spud webb

2. Earl Boykins (165 cm)

Earl Boykins adalah pemain terkecil kedua yang pernah bermain di NBA. Meskipun kedua terkecil, dia terkenal sebagai pemain yang paling ringan. Dia menjadi terkenal kerana memperkenalkan teknik tersendiri dan mampu menghasilkan 32 mata dalam permainan pada tanggal 11 November 2004. Dia juga bermain untuk LA Clippers, Golden State Warriors, Milwaukee Bucks, Charlotte Bobcats, dan lain-lain lagi. Hari ini, Boykins bermain untuk Washington Wizards.
earl boykins

1. Tyrone “Muggsy” Bogues (160 cm)

Lahir dan dibesarkan di Baltimore, MD, Tyrone Bogues adalah orang terpendek yang pernah bermain di NBA. Meskipun hanya 5'3 ", dia menggunakan tinggi badannya sebagai kelebihan dengan menjadi yang sering menerobos pemain lawan yang berbadan tinggi, dia mampu bermain untuk Hornets selama 10 tahun dan menjadi salah seorang pemain dari tim yang paling popular. Dia benar-benar dilihat sebagai lawan yang hebat dan bersaiz kecil.

Sumber : http://serba-sepuluh.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan