Selasa, Mac 29, 2011

HANYA ATAS NAMA ISLAM MAMPU MENGERAH MANUSIA


Majlis Solat Hajat Perdana dan Ceramah Khas

Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati Shah Alam, 28 Mac 2011.

Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimamkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya rakyat Selangor.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu.

Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar, TG Hj. Abd. Hadi dan Penasihat DAP, En. Lim Kit Siang.


Menakjubkan ... atas semangat apa mereka berkumpul beramai-ramai melakukan solat hajat berjemaah sambil mendengar pidato para pemimpin mereka. Atas semangat apa pun ia tidak mampu mengerah ribuan manusia berkumpul atas inisiatif sendiri... mengeluarkan belanja... bersusah payah ... mengorbankan masa dan sebagainya .... HANYA ATAS SEMANGAT ISLAM IA MAMPU DILAKUKAN ...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan