Jumaat, April 08, 2011

SENJATA YANG DIGUNAKAN DALAM PERANG DUNIA

Perang Dunia I berlaku pada tahun 1914 - 1918, dari mula peperangan hingga ia tamat, sejumlah 60 ooo ooo manusia memegang senjata dan lebih 8.5 juta manusia terbunuh.
Perang Dunia II pula bermula pada 1940 - 1945, kemusnahan harta benda dan jiwa manusia lebih dahsyat dari Perang Dunia I, di bawah adalah gambar beberapa senjata yang digunakan dalam peperangan tersebut

1. Springfield M1903


Springfield M1903, secara resmi ia turut dikenali United States Rifle, Caliber .30, Model 1903, adalah senapang buatan Amerika Syarikat yang digunakan pada awal abad ke-20. Senapang ini senjata rasmi tentera Amerika pada 1903, M1903 juga digunakan pada Perang Dunia I dan Perang Dunia II.


2. Arisaka


Arisaka adalah senapan bolt-action yang digunakan oleh pasukan tentera Jepun pada Perang Dunia 2. Senapang ini dikeluarkan tahun 1898 untuk mengantikan senapang Murata dan senapang ini digunakan hingga akhir perang dunia 2 sekitar tahun 1945. Ribuan senapang Arisaka ini dibawa ke Amerika oleh tentara Sekutu setelah perang berakhir.


3. M1 Garand


M1 Garand adalah senapang semi-otomatis pertama yang dijadikan senapang standard untuk tentera. Senapang ini menggunakan peluru kaliber .30-06 Springfield. Senapan M1 Garand menggantikan senapan Springfield M1903 sebagai senapang standard tentera Amerika pada tahun 1936. Kemudian senapang ini digantikan oleh senapang jenis M14 pada tahun 1957.


4. Karabin M1


Karabin M1, atau M1 Carbine, adalah karabin semi-otomatis ringan yang menjadi senjata standard Amerika pada Perang Dunia II dan Perang Korea.


5. Karabiner 98k


Karabiner 98k (Kar98k atau K98k) adalah senapang bolt-action yang digunakan sebagai senjata standard tentera oleh Jerman mulai tahun 1935. Senapan ini merupakan hasil pengembangan dari serangkaian senapang yang dibuat oleh Mauser. Pada Perang Dunia II, senapan Kar98k dipakai oleh seluruh bahagian angkatan bersenjata Jerman. Senapang ini dipakai pada seluruh pasukan pertahanan di Eropah, Afrika Utara, Soviet Union, Finland dan Norway. Kar98k hasil rampasan juga dipakai oleh pemberontak di negara-negara yang diduduki Jerman. Rusia juga sempat menggunakan Kar98k pada dua tahun pertama penjarahan tentera Jerman ke Rusia, kerana mereka kekurangan senjata.


6. Lee-Enfield SMLE


Senapang standard tentera British dari Perang Dunia I hingga krisis Suez, Lee-Enfield SMLE (baca: “smelly”) mencipta reputasinya dari akurasi, kehandalan, serta jumlah tembakan per minit yang menakjubkan. Magasinnya boleg diisi 10 peluru, jumlah terbanyak dari senapang apapun di 50 tahun awal abad 20. Di tangan tentara yang terlatih dengan baik, Lee-Enfield boleh melakukan apa yang disebut “mad minute,” iaitu, 30 peluru menembak sasaran pada jarak 200 meter dalam satu minit.


7. Mosin-Nagant


Mosin-Nagant adalah senapang bolt-action yang digunakan angkatan tentera Rusia dan kemudian Soviet Union serta negara-negara Blok Timur lainnya. Kehebatan senjata ini dikatakan dapat menandingi senjata keluaran British dan Amerika Syarikat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan