Jumaat, Mei 20, 2011

SEJADAH DIGITAL


Islam tidak menolak sains dan teknologi asalkan ianya tidak bercanggah dengan syariat.Betul??Ini adalah hasil ciptaan pencipta kelahiran Turkish-Britain, Soner Ozenc .Ianya sehelai tikar sejadah digital yang bersinar-sinar.Tikar sejadah yang dipanggil "Sajjadah 1426" ini dinamakan bersempena tahun hijrah 1426 bersamaan tahun 2005 sewaktu itu.Jadi dah 6 tahun sejadah ini tercipta.
Yang uniknya tentang sejadah ini adalah kebolehannya bersinar apabila menghampiri kedudukan kiblat yang sebenar!!.Jadi,semakin menghampiri arah kiblat umat islam iaitu Kaabah di Mekah,maka semakin teranglah sinaran cahaya tikar sejadah ini.
Sejadah ciptaan Soner ini dicipta menggunakan teknologi Electro-Luminescent Phospore,Fiber optik,LED,El Panel dan El Wire Embroidery.Senang kata, dalam tikar sejadah ini terdapat wayar-wayar yang mengalirkan cahaya dan ianya dihasilkan dan ditempah khas dari Surelight Ltd,sebuah syarikat dari UK.
Sejadah ini turut dihasilkan untuk mencipta suatu atmosfera ketenangan dalam bersolat bagi seseorang muslim.
Tetapi yang menjadi persoalan adalah apabila lampunya terlalu terang lalu mengangu tumpuan/khusyuk bersolat.Dan adakah ianya betul-betul tepat menghadap kiblat seperti yang dinyatakan.
Apa-apa pun "Sajjadah 1426" adalah satu idea yang unik dan menarik .Itupun kalau tiada "agenda" tersembunyi sesetengah pihak.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan