Selasa, Mei 31, 2011

WORLD MOST FAMOUS PHOTOS

1. Afghanistan Girl.. gambar ini diambil oleh jurugambar National Geographic.... Steve McCurry pada tahun 1984.... gadis ini bernama Sarbat Gula berusia 12 tahun ketika gambar ini dirakamkan di sekolah rendah khemah pelarian Afgahnistan. Gambar ini tersebar ke seluruh dunia apabila ia dipilih menjadi cover majalah National Geographic.


2. Omayra Sanchez (1985) berusia 12 tahun.... salah seorang daripada mangsa bencana letusan gunung berapi di Columbia pada 14 Nov. 1985... Omayra terperangkap selama 3 hari .... gambar ini dirakam seketika sebelum dia menemui ajalnya kerana lambat diselamatkan.


3. Winston Churchill .... dirakam pada tahun 1941 oleh juru gambar Kanada ketika beliau melawat Kanada. Gambar ini menyebabkan juru gambar tersebut Yousuf Karsh menjadi terkenal kerana selepas itu gambar ini menjadi cover majalah Life.


4. Gambar ini menunjukkan pelarian Kosovo yang berusia 2 tahun berna,ma Agim Shala sedang melintas pagar berduri untuk memasuki khemah pelarian yang didirikan oleh kerajaan Arab Saudi.


5. Gambar ini dirakam pada 1994 di Sudan.... kanak-kanak ini
ditinggalkan oleh kumpulan pelarian yang menuju ke tempat pambahagian makanan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan