Ahad, Julai 24, 2011

FOTO LADANG MARIJUANA TERBESAR

Ladang marijuana terbesar ditemui meliputi kawasan seluas 120 hektar di gurun Baja, California, Mexico. Ladang ini 4 kali lebih besar daripada ladang terbesar yang ditemui sebelum ini di Chihuahua, Mexico pada 1984.

Ladang ini disembunyikan daripada mata kasar apabila jaring besar berwarna hijau menutupinya di bahagian atas .... ladang ini juga mempunyai sistem pengairan yang sempurna.



Ladang ini boleh menghasilkan 120 tan ganja yang bernilai AS$160 juta (RM481 juta)


Jumaat, Julai 22, 2011

PULAU INDAH DI TENGAH DANAU

Bled Island terletak di tengah-tengah Tasik Bled, Slovenia ..... merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di Slovenia... bangunan terbesar di pulau ini ialah Church of the Assumption of Mary Pilgrimage.












Isnin, Julai 18, 2011

JEJANTAS UNIK DAN INDAH

Jejantas ini dibina melintas jaringan jalan keretapi di Perancis, mementingkan keselamatan dan keselesaan.... pengedara udara bersih dan nyaman sepanjang masa... maka ia direka sedemikian rupa oleh akitek Bernard Tschumi dan Hugh Dutton Associates ...



bridge10

bridge01

bridge02

bridge04

bridge06

bridge07

bridge08

bridge09


Sabtu, Julai 16, 2011

MITOS CENDERAWASIH

Burung Cenderawasih dari spesis burung Paradiseidae adalah burung yang tercantik di dunia...mempunyai bulu yang berwarna-warni yang indah dan menarik sehingga disebut "burung dari syurga" kerana keindahannya.... walaubagaimanapun ada segolongan manusia yang benar-benar percaya burung ini berasal dari syurga.... saat kematiannya, burung ini akan turun ke bumi.... bangkai burung ini dijadikan azimat... suatu perbuatan khurafat yang nyata...
Hakikat sebenarnya... burung ini boleh ditemui di hutan belantara Papua New Guinea dan Irian Jaya, Indonesia.

Syurga adalah alam ghaib .... mustahil binatang-binatang dari syurga akan turun ke dunia di saat kematiaannya .... ada orang sanggup membeli sehelai bulunya untuk dijadikan azimat .... jauhilah perbuatan syirik .... burung ini juga makhluk Allah yang tidak boleh memberi kesan apa-apa... cuma keindahannya dijadikan Allah supaya kita berfikir tentang kekuasaan Maha Pencipta... wallahu a'lam ....


1. Spesis ini dinamakan 'cenderawasih kuning kecil' atau The Lesser bird of Paradise, yang paling cantik dari kalangan burun-burung spesis cenderawasih, habitatnya di hutan belantara Papua New Guinea dan Irian Jaya.

2. Raggiana bird of Paradise.... burung jantannya lebih cantik dan menarik kerana memiliki mahkota berwarna kuning dan lehernya berwarna zamrud.


3. Blue bird of Paradise... boleh dijumpai dengan mudah di seluruh kepulauan Papua.


4. Lawes's Parotia


5. King of Saxony bird of paradise juga dinamakan Cenderwasih Panji.. satu-satunya spesis cenderawasih yang berkicau merdu.... habitatnya di pergunungan Irian Jaya.


6. Wilson's bird of paradise .... habitatnya di dataran rendah kepulauan Papua.


7. Princess Stephanie Astrapia .... habitatnya di pedalaman Papua New Guinea.

Jumaat, Julai 15, 2011

NEGARA DESTINASI PENCINTA BUNGA

Bunga.... ciptaan Allah sebagai penghias alam yang mendamaikan sesiapa sahaja yang memandangnya... namun hikmah penciptaan bunga oleh Allah bukan setakat itu sahaja... malah bunga boleh dijadikan ubat... pewangi dan terapi warna...
Ada negara yang menjadi terkenal kerana bunga-bungaan negaranya yang indah... ada negara yang menghasilkan tanaman bunga secara komersial... ada juga terkenal kerana warisan bunga liar yang wujud sejak ribuan tahun.... New Zealand umpamanya...

1. Belanda

Bandar Keukoenhoff dan Alkmaar adalah kawasan yang paling banyak ditanam bunga-bungaan di Belanda untuk tujuan komersial.... ia menjadi produk Belanda yang terkenal ke serata dunia dengan variasi bunga tulipny yang indah ..... namun tiada siapa pun yang tahu .... tulip bukannya berasal dari Belanda... ada pendapat mengatakan .... tulip sebenarnya dibawa dari Turkey ke Belanda...

(sumber: Journeyetc)


2. Jepun

Jepun terkenal dengan bunga sakura (cherry blossom) yang bermekar menyebar di kota Tokyo, Nagasaki, Kyoto dan Osaka. Wilayah perdesaan di Jepun bertambah cantik apabila bunga ini berkembang. Bunga sakura menjadi identiti dan lambang keindahan Jepun...

(sumber: Journeyetc)

(sumber: Journeyetc)

3. New Zealand

Negara yang mempunyai banyak tempat berpemandangan indah... kebanyakan bunga-bungaannya adalah tumbuhan asli New Zealand sejak ribuan tahun dahulu lagi....



4. Perancis

Para pelancong akan berkunjung ke Provence di Perancis setiap tahun untuk melihat hamparan lavender, poppies dan bunga matahari. Pemandangan ini seperti versi pemandangan hidup yang dirakam oleh para pelukis, sangat indah.

(sumber: Journeyetc)

(sumber: Journeyetc)

5. Denmark

Sebahagian besar wilayah Denmark dipenuhi dengan hutan, padang rumput dan ladang. Tidak hairan jika Denmark termasuk dalam kategori destinasi untuk para pencinta bunga. Pada saat musim semi, anda akan melihat istana tua yang berlatar belakang hamparan bunga. Bunga yang akan anda temuii pada musim semi di Denmark antara lain, poppies, aster dan red clover.