Jumaat, Julai 15, 2011

NEGARA DESTINASI PENCINTA BUNGA

Bunga.... ciptaan Allah sebagai penghias alam yang mendamaikan sesiapa sahaja yang memandangnya... namun hikmah penciptaan bunga oleh Allah bukan setakat itu sahaja... malah bunga boleh dijadikan ubat... pewangi dan terapi warna...
Ada negara yang menjadi terkenal kerana bunga-bungaan negaranya yang indah... ada negara yang menghasilkan tanaman bunga secara komersial... ada juga terkenal kerana warisan bunga liar yang wujud sejak ribuan tahun.... New Zealand umpamanya...

1. Belanda

Bandar Keukoenhoff dan Alkmaar adalah kawasan yang paling banyak ditanam bunga-bungaan di Belanda untuk tujuan komersial.... ia menjadi produk Belanda yang terkenal ke serata dunia dengan variasi bunga tulipny yang indah ..... namun tiada siapa pun yang tahu .... tulip bukannya berasal dari Belanda... ada pendapat mengatakan .... tulip sebenarnya dibawa dari Turkey ke Belanda...

(sumber: Journeyetc)


2. Jepun

Jepun terkenal dengan bunga sakura (cherry blossom) yang bermekar menyebar di kota Tokyo, Nagasaki, Kyoto dan Osaka. Wilayah perdesaan di Jepun bertambah cantik apabila bunga ini berkembang. Bunga sakura menjadi identiti dan lambang keindahan Jepun...

(sumber: Journeyetc)

(sumber: Journeyetc)

3. New Zealand

Negara yang mempunyai banyak tempat berpemandangan indah... kebanyakan bunga-bungaannya adalah tumbuhan asli New Zealand sejak ribuan tahun dahulu lagi....



4. Perancis

Para pelancong akan berkunjung ke Provence di Perancis setiap tahun untuk melihat hamparan lavender, poppies dan bunga matahari. Pemandangan ini seperti versi pemandangan hidup yang dirakam oleh para pelukis, sangat indah.

(sumber: Journeyetc)

(sumber: Journeyetc)

5. Denmark

Sebahagian besar wilayah Denmark dipenuhi dengan hutan, padang rumput dan ladang. Tidak hairan jika Denmark termasuk dalam kategori destinasi untuk para pencinta bunga. Pada saat musim semi, anda akan melihat istana tua yang berlatar belakang hamparan bunga. Bunga yang akan anda temuii pada musim semi di Denmark antara lain, poppies, aster dan red clover.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan