Selasa, September 27, 2011

SENI PEMBUATAN KEK YANG MENAKJUBKAN

Mungkin kita tidak terfikir bahawa gambar-gambar ini sebenarnya adalah sebiji kek yang diolah sedemikian rupa .... semua bahagian kek ini boleh dimakan tanpa perlu membuang mana-mana bahagian pun.... kek-kek ini dihasilkan di Russia.









Isnin, September 26, 2011

WARNA-WARNA ALAM

Warna adalah salah satu nikmat Allah yang jarang kita sedari ... bayangkan jika hidup kita di dunia ini tanpa warna???


Rabu, September 21, 2011

SENI MENGUKIR SAYUR



Pertandingan Mengukir Sayuran ini kali pertama dianjurkan pada festival GASTE 2011 di Jerman untuk semua chef dari Restoran, Hotel dan juga Catering Business. Pertandingan dianjurkan dalam dua kategori iaitu individu dan berkumpulan selama tiga hari. Setiap peserta mempunyai empat jam untuk menghasilkan ukiran yang terbaik melalui pelbagai sayuran yang telah disediakan termasuk terung cina, betik, timun,kubis dan lobak merah. Dan setiap peserta boleh membawa tambahan labu sekiranya perlu.


Ahad, September 18, 2011

BUAYA GERGASI FILIPINA

Buaya jantan gergasi berukuran 21 kaki (6.4 meter) telah ditangkap hidup-hidup di tebing sungai di Bunawan, sebuah bandar di wilayah Agusan del Sur pada 03 September 2011. Buaya, seberat 1,075 kilogram, ini adalah yang terbesar ditangkap hidup di Filipina sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Orang ramai berkumpul di berhampiran buaya air masin yang ditangkap di bandar Bunawan wilayah Agusan Del Sur, selatan Filipina pada 3 September 2011.






 
Buaya gergasi ini memusnahkan empat perangkap yang dipasang oleh pemburu selepas haiwan ini diumpan di sungai. Mereka kemudian menggunakan satu perangkap besi menggunakan kabel keluli, yang akhirnya berjaya menarik buaya itu. Kira-kira 100 orang terpaksa menarik buaya dari sungai ke tebing di mana kren digunakan untuk mengangkat ia ke dalam sebuah trak.
 
Buaya ini disyaki membunuh seorang gadis berusia 12 tahun pada tahun 2009 serta ternakan dan seorang petani yang hilang pada Julai 2011 lalu.


Buaya air masin berenang di dalam kolam yang cetek di dalam sangkar sementara di kampung terpencil di bandar Bunawan.

Rabu, September 14, 2011

MANUSIA DIWARNAKAN SEPERTI BINATANG

Sesetengah manusia menganggap gambar-gambar ini amat menakjubkan, mungkin sesuai untuk sesuatu kempen tertentu ... menyelamatkan hidupan liar misalnya ... tapi sebenarnya tindakan sebegini telah merendahkan nilai manusia itu sendiri yang Allah jadikan mereka dengan sebaik-baik kejadian ...

Isnin, September 12, 2011

SUP DARAH HAIWAN

Sup darah haiwan sangat popular bagi penduduk di beberapa kawasan di China dan Vietnam .... mereka menyifatkan ianya sangat berkhasiat ... darah itik, kambing dan babi biasanya digunakan dan dicampur dengan sedikit herba ...
 
Firman Allah di dalam al-Qur'an : "Wahai sekelian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi , yang halal lagi baik, dan jangalah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu".  al-Baqarah : 168