Ahad, Oktober 30, 2011

BAGAIMANA KALAU DI NERAKA??

Lelaki ini terbunuh dalam suatu pertandingan sauna peringkat dunia di Finland. Peserta yang paling lama bertahan di dalam sauna bersuhu 110 darjah Celcius akan dianggap juara. Dia berada di dalam sauna selama 6 minit untuk menjadi juara ... akhirnya menemui ajal dengan melecur teruk ....


Pengajaran untuk renungan .... jika hanya 6 minit sahaja dalam suhu berkepanasan 110 darjah Celcius ... begitu jadinya .... bagaimana pula keadaan ahli neraka di akhirat nanti???

Ahad, Oktober 23, 2011

KEINDAHAN TITISAN HUJAN

Firman Allah di dalam al-Qur'an yang bermaksud : "dan Kami (Allah) jadikan daripada air sesuatu yang hidup"....





Jumaat, Oktober 21, 2011

STEAK YANG MEMUALKAN

Sanggupkah anda memakan steak dan roti ini??
Sebenarnya semua steak daging ini sengaja direka bentuk menyerupai tangan manusia ... ia diperbuat dari daging dihias dengan beberapa jenis sayuran dan bawang sebagai kuku.... TAPI AWAS... dalam ajaran Islam... w/pun makanan itu halal tapi jika kita niat dalam hati ia adalah sesuatu yang haram ... maka ia akan menjadi haram ... ibarat kita meminum segelas air kosong ... tetapi kita niat ... kita bayangkan ... atau kita katakan sedang meminum segelas arak .... maka hukumnya adalah haram dan berdosa ... jika kita memakan steak ini .... tidak terganggukah lintasan fikiran kita???? 

Sabtu, Oktober 15, 2011

BUNGA-BUNGA LIAR

Bunga liar yang tumbuh bersama-sama rumpai di belakang rumahku .... cantik ... tetapi tidak tahan lama.. menguncup dan gugur menjelang waktu petang...







Bunga ini tumbuh di pinggir sawah ...

Posted by Picasa

Selasa, Oktober 11, 2011

MOTOSIKAL GUNA "HUMAN WASTE" SEBAGAI BAHAN API

Syarikat pembuat mangkuk tandas di Jepun, TOTO telah mencipta sebuah motosikal eco-friendly yang bergerak menggunakan bahan buangan manusia iaitu tahi.  Dicipta untuk mempromosi kesedaran terhadap alam sekitar, Toilet Bike ini menukarkan tahi kepada bio gas, Selain itu, tandas di atas motosikal ini juga dapat memainkan muzik dan bercakap dengan penunggang motosikal tersebut.  


Jumaat, Oktober 07, 2011

FESYEN RAMBUT TERKINI

Lihatlah .... fesyen rambut semulajadi kurniaan Maha Pencipta kepada makhluk ini .... menarik kan???

Cuba anda perhatikan .... fesyen rambut sebegini sudah popular di kalangan manusia ... tidak susah untuk anda melihat mereka yang berpotongan rambut sebegini jika anda berjalan di bandar-bandar ....












Selasa, Oktober 04, 2011

HUKUMAN POTONG KEPALA DI MEXICO

Di Mexico ... pengedar dadah dihukum bunuh dengan cara kepala mereka dipotong dengan gergaji mesin berantai ...  
Orientalis Barat dan musuh-musuh Islam sering memberikan imej yang buruk terhadap hukum "hudud" Islam ... provokasi mereka disokong pula oleh golongan Munafik dari kalangan orang Islam sendiri ... mereka sebaliknya membutakan mata terhadap hukuman lain ciptaan manusia yang sangat kejam ...