Rabu, November 30, 2011

TABIAT ANEH SUKA MENELAN BESI KECIL MEMBAWA MAUT

Ratusan syiling, kunci, skru besi ditemui dalam badan mangsa yang meninggal selepas ianya dibuang

Menurut si isteri., beliau tidak menyangka, apabila si suami mengadu sakit perut semenjak 4 minggu lalu adalah kerana tabiat luar biasanya yang mula menelan barangan barangan besi kecil.
Menurut doktor yang berjaya membuat pembedahan..pada mulanya mereka melakukan scan ke atas pesakit..dan mereka tidak menyangka sama sekali akan menemui ratusan objek besi dalam perut mangsa.
Walaupun pembedahan telah berjaya dilakukan.. namun, kesan kotor dan luka dari besi besi menyebabkan lukanya tidak dapat dibaiki kerana pendarahan dalaman dan meninggal dunia.

Jumaat, November 25, 2011

HASIL SENI : KARPET DARI ROKOK


Seniman terkenal China, Xu Bing dengan idea kreatifnya telah menghasilkan karpet menggunakan 500,000 batang rokok....
 






Rabu, November 23, 2011

VERTICAL FOREST

Vertical Forest ... menara kediaman yang dinamakan Bosco Verticale di Milan, Italy. Bangunan berkembar setinggi 27 tingkat menampung hampir satu hektar hutan.
Projek ini ditafsirkan sebagai penanaman semula hutan metropolitan ... uniknya ia menjulang tinggi ke langit ....
Ilustrasi bangunan...
Ketika dalam pembinaan ....

Isnin, November 21, 2011

LEMBU DAN SAMPAH

Lembu pemakan sampah....

Sekawan lembu meredah lautan sampah mencari sisa-sisa yang boleh dimakan ...
Adakah khasiat daging lembu bergantung kepada pemakanan??? 
Walau bagaimanapun ... gambar-gambar ini dirakamkan di negeri China .... bukan di Malaysia.. kat Malaysia mustahil berlaku begini... kan??? Lembu kita projek juta-juta nak jaga lembu...siap ada kondo lagi ....

Sabtu, November 19, 2011

MALANG BIASANYA TIDAK MEMPUNYAI BAU

Apa yang anda fikirkan bila melihat gambar-gambar ini??? Langkah-langkah keselamatan terhadap diri sendiri adalah wajib di dalam Islam .... Allah berfirman di dalam al-Qur'an maksudnya : "dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan" ....

Jumaat, November 18, 2011

BANDINGKAN BASIKAL INI DENGAN BASIKAL ANDA

Basikal tua


Aurumania's Gold Bike Crystal Edition
 Hampir semua bahagian basikal ini dilapisi emas 24 karat hingga ke spokes. Handlebar grip dan sadle dilapisi kulit berkualiti tinggi juga dihiasi 600 butir kristal Swarovski. Basikal ini bernilai US $ 144.464.


Madone 5,9 SL
Dihiasi 7 butir berlian (hand made) dan 300 berlian putih. Dijual untuk disumbangkan ke Yayasan Lance Armstrong Foundation Gala. Basikal ini dihasilkan dengan kerjasama dengan Trek Bikes, Nike, Alan Friedman Jeweler dan artis Lenny Futura. Basikal ini terjual dengan harga $75,000 USD.


Celebrity Gold Bike
Basikal ini dikhususkan untuk para selebriti dunia khususnya di Britain. Ia ini dilapisi emas 24 karat. Basikal tersebut bernilai £4,000. Apabila harganya begitu mahal sudah tentu ia memerlukan pengawal untuk menjaganya...

Channel Bike - Limited Edition
Basikal ini hanya dikeluarkan 50 buah sahaja. Mempunyai julukan “Ultimate two-wheeled novelty”. Beberapa bahagian dilapisi kulit berkualiti tinggi sentuhan renovasi oleh seorang pereka kulit legenda Brooks Brothers. Basikal ini berharga $28,000 USD.

Jumaat, November 11, 2011

POKOK KARANG BATU

Pokoko karang batu ... namanya pun karang batu... mujarab dijadikan ubat untuk penyakit batu karang.... setiap penyakit yang Allah turunkan pasti ada ubat dan penawarnya .... kadang-kadang penawar itu ada di sekitar kita...
Pokok ini ini sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan sekitar kediaman... ketinggiannya hanya boleh mencapai 1 meter sahaja jika hidup subur... apabila Allah menguji kita dengan sesuatu penyakit... dan penyakit itu boleh sembuh dengan sumber alam kurniaan Allah.... hikmahnya kita menginsafi kekuasaan Maha Pencipta dan mulai menghargai sumber alam... tumbuhan yang kerdil tetapi besar manafaatnya...


Jika anda pengidap batu karang ... boleh cuba... rendam atau rebus 2 helai sahaja daunnya .... kemudian minum airnya yang rasanya sedikit payau dan kelat...
Posted by Picasa