Khamis, Disember 08, 2011

KEINDAHAN PERKAMPUNGAN DI BELANDA


Sebuah kampung bernama Giethoorn di Belanda adalah tempat yang sangat indah untuk dikunjungi dan terdapat lebih kurang 50 jambatan kayu kecil ada di kampung itu. Penempatan ini diasaskan sekitar 1230M oleh pelarian yang berasal dari daerah Mediterranean yang menetap di sana. Kampung ini juga sangat unik kerana tidak ada jalanraya sebagai sistem perhubungan .
Semua pengangkutan menggunakan sistem perairan sungai. Pengangkutan utama yang digunakan oleh penduduk setempat adalah bot dan sampan. Mereka hanya berkayuh perlahan manakala sampan dan bot yang menggunakan enjin diwajibkan berbunyi perlahan supaya tidak mengganggu kedamaian dan ketenangan di desa yang indah ini.
Walaupun perkampungan ini tidak mempunyai jalan raya yang boleh menghubungi antara satu sama lain, tetapi perkampungan tersebut dikunjungi oleh ribuan pelancong yang datang dari seluruh pelosok dunia.