Jumaat, Mac 16, 2012

SUASANA HIJAU DI LATA BUKIT HIJAU

Lokasi : Daerah Baling, Kedah.
 
Suasana menarik dengan pemandangan , udara segar suasana hutan serta air terjun yang cantik...
 
 
 
 
Posted by Picasa

Khamis, Mac 15, 2012

BUAH KEKABU

Pohon kekabu yang menghasilkan buah ini adalah sejenis tumbuhan yang banyak ditanam di kampung-kampung Melayu... ia juga boleh didapati tumbuh di hutan Mexico, Amerika Tengah, Carribean dan bahagian utara Amerika Selatan...
Buah kekabu ini sangat dihargai oleh masyarakat Melayu zaman dahulu kerana isi buahnya yang masak menghasilkan kekapas yang merupakan gentian pelbagai guna bagi mereka...
Buah yang masak akan gugur ke tanah, diproses oleh masyarakat Melayu tradisional untuk dijadikan bantal dan tilam...
Renungilah .... ia sebahagian daripada nikmat Allah kepada manusia... Allah jadikan buahnya tidak boleh dimakan... tetapi manusia boleh mengambil manafaat lain daripadanya... apakah nikmat Allah ini akan kita dustakan??
Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi itu (dan segala isi kandungannya) terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang mahu berfikir...
Posted by Picasa

Rabu, Mac 14, 2012

MELAWAT MAKAM BERSEJARAH

Pagi tadi... aku bersama seorang rakan bertolak dari Sg. Petani ke Pantai Perai, Sidam (Daerah Kuala Muda, Kedah)... untuk melawat beberapa tempat bersejarah... mesti naik motorsikal kerana tidak sesuai jika berkereta...
Perjalanan melalui kawasan kampung sangat mempesonakan... sawah sedang dibajak untuk tanaman padi.... kelihatan burung bangau mencari anak ikan yang terperangkap di lopak air..
Lokasi pertama kami ialah Kg. Tok Soh... di situ ada sebuah makam lama yang tidak diketahui identitinya.. Makam Tok Soh..
 
KUBUR BERSEJARAH KG. SOH : Berdasarkan jenis batu nisan dan ukiran ayat Qur'an yang terdapat padanya, adalah dipercayai kubur ini merupakan kubur seorang pembesar atau orang ternama yang dihormati pada suatu masa dahulu.Walau bagaimanapun hingga kini tidak dapat dikenal pasti siapakah sebenarnya yang telah dikuburkan di sini.    (Begitulah catatan pada batu penerangan) 
Bersejarah...tapi tidak dipelihara...
Seterusnya kami ke Kg. Terat Batu... di sini ada batu sempadan (dipanggil terat) Wilayah British dan Siam... bumbung baru dibina untuk tujuan pemeliharaan..
 
BRITISH AND SIAMESE BOUNDARY
Kemudian kami ke Kg. Ekor Lubuk ... ada Makam Daeng Perani, salah seorang pahlawan keturunan Raja Bugis yang terlibat dalam peperangan di Kedah.
 
 
Dari makam Daeng Perani.. kelihatan masjid Kg. Terat Batu... seronok juga perjalanan hari ini...
Posted by Picasa

Isnin, Mac 12, 2012

MASJID KG. PANTAI EDAU, SIDAM KIRI.

Tengahari tadi... aku dalam perjalanan pulang dari pekan Kulim ke Sg. Petani... melalui jalan Sidam Kiri... Pinang Tunggal... singgah solat zohor di sebuah masjid lama... tercatat namanya .... Masjid Sultan Abdul Halim... lokasi masjid ini di Kg. Pantai Edau, Sidam Kiri, Kuala Muda Kedah...
Kg. Pantai Edau... berhampiran dengan Kg. Lubuk Saga... kampung yang bersejarah kerana di Kg. Lubuk Saga ini dikatakan ada beberapa makam lama yang ada kaitan dengan sejarah negeri Kedah... tentunya Kg. Pantai Edau ini juga turut merakam peristiwa bersejarah....
 
Kubahnya kecil sahaja... menunjukkan usia tua masjid ini... kerana masjid-masjid yang dibina mutakhir ini... kubahnya besar-besar belaka...
 
Seakan-akan lambang kerajaan Negeri Kedah...
Pondok wakaf tempat musafir melepas lelah perjalanan.
Persekitaran masjid yang bersih dan rapi melambangkan kebersihan jiwa anak qaryah yang mentadbir masjid ini...
Posted by Picasa

Ahad, Mac 11, 2012

HARI INI MENGHINA WANG ... ESOK KAMU TERHINA KERANA WANG


  Bila aku dapat duit ni ... aku teringat masa aku budak-budak dulu... aku juga pernah cuba conteng wang... tapi ibuku melarang dengan berkata :"jangan menghina wang, kita orang miskin, setiap sen berharga... jika hari ini kita menghina wang... esok kita pasti terhina kerana wang"... kini aku sudah berusia 43 tahun... kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga....


Posted by Picasa

Jumaat, Mac 09, 2012

KUBUR LIMA BINTANG DI KUWAIT

               






وهذا الإطار محشو بالأحجار الكريمة المحيطة بهذا القبر

كم تتخيلون هذا الكم الهائل من الوزن لهذا الحجر الجبل فوق هذا القبر

Kejahilan masyarakat Muslim dalam menghias kubur berlaku di mana-mana.... di Malaysia sendiri pun sedang disediakan kubur VIP...

Jumaat, Mac 02, 2012

TAMAN ARCA YANG MENYERAMKAN


Taman arca Veijo Ronkkonen di Finland... terletak di dalam hutan Parikkala... kawasan pedalaman di timur Finland.... apa yang menarik ialah ia menempatkan arca-arca patung yang unik...misterius dan menyeramkan....




Tambah kapsyen