Khamis, Mac 15, 2012

BUAH KEKABU

Pohon kekabu yang menghasilkan buah ini adalah sejenis tumbuhan yang banyak ditanam di kampung-kampung Melayu... ia juga boleh didapati tumbuh di hutan Mexico, Amerika Tengah, Carribean dan bahagian utara Amerika Selatan...
Buah kekabu ini sangat dihargai oleh masyarakat Melayu zaman dahulu kerana isi buahnya yang masak menghasilkan kekapas yang merupakan gentian pelbagai guna bagi mereka...
Buah yang masak akan gugur ke tanah, diproses oleh masyarakat Melayu tradisional untuk dijadikan bantal dan tilam...
Renungilah .... ia sebahagian daripada nikmat Allah kepada manusia... Allah jadikan buahnya tidak boleh dimakan... tetapi manusia boleh mengambil manafaat lain daripadanya... apakah nikmat Allah ini akan kita dustakan??
Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi itu (dan segala isi kandungannya) terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang mahu berfikir...
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan