Isnin, Mac 12, 2012

MASJID KG. PANTAI EDAU, SIDAM KIRI.

Tengahari tadi... aku dalam perjalanan pulang dari pekan Kulim ke Sg. Petani... melalui jalan Sidam Kiri... Pinang Tunggal... singgah solat zohor di sebuah masjid lama... tercatat namanya .... Masjid Sultan Abdul Halim... lokasi masjid ini di Kg. Pantai Edau, Sidam Kiri, Kuala Muda Kedah...
Kg. Pantai Edau... berhampiran dengan Kg. Lubuk Saga... kampung yang bersejarah kerana di Kg. Lubuk Saga ini dikatakan ada beberapa makam lama yang ada kaitan dengan sejarah negeri Kedah... tentunya Kg. Pantai Edau ini juga turut merakam peristiwa bersejarah....
 
Kubahnya kecil sahaja... menunjukkan usia tua masjid ini... kerana masjid-masjid yang dibina mutakhir ini... kubahnya besar-besar belaka...
 
Seakan-akan lambang kerajaan Negeri Kedah...
Pondok wakaf tempat musafir melepas lelah perjalanan.
Persekitaran masjid yang bersih dan rapi melambangkan kebersihan jiwa anak qaryah yang mentadbir masjid ini...
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan