Rabu, Mac 14, 2012

MELAWAT MAKAM BERSEJARAH

Pagi tadi... aku bersama seorang rakan bertolak dari Sg. Petani ke Pantai Perai, Sidam (Daerah Kuala Muda, Kedah)... untuk melawat beberapa tempat bersejarah... mesti naik motorsikal kerana tidak sesuai jika berkereta...
Perjalanan melalui kawasan kampung sangat mempesonakan... sawah sedang dibajak untuk tanaman padi.... kelihatan burung bangau mencari anak ikan yang terperangkap di lopak air..
Lokasi pertama kami ialah Kg. Tok Soh... di situ ada sebuah makam lama yang tidak diketahui identitinya.. Makam Tok Soh..
 
KUBUR BERSEJARAH KG. SOH : Berdasarkan jenis batu nisan dan ukiran ayat Qur'an yang terdapat padanya, adalah dipercayai kubur ini merupakan kubur seorang pembesar atau orang ternama yang dihormati pada suatu masa dahulu.Walau bagaimanapun hingga kini tidak dapat dikenal pasti siapakah sebenarnya yang telah dikuburkan di sini.    (Begitulah catatan pada batu penerangan) 
Bersejarah...tapi tidak dipelihara...
Seterusnya kami ke Kg. Terat Batu... di sini ada batu sempadan (dipanggil terat) Wilayah British dan Siam... bumbung baru dibina untuk tujuan pemeliharaan..
 
BRITISH AND SIAMESE BOUNDARY
Kemudian kami ke Kg. Ekor Lubuk ... ada Makam Daeng Perani, salah seorang pahlawan keturunan Raja Bugis yang terlibat dalam peperangan di Kedah.
 
 
Dari makam Daeng Perani.. kelihatan masjid Kg. Terat Batu... seronok juga perjalanan hari ini...
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan