Isnin, Februari 18, 2013

BUNGA DAN WARNA : NIKMAT ALLAH KEPADA KITA

Apabila terpandang kuntuman bunga yang berbagai warna.... terfikirkah kita.... adunan warna semulajadinya amat sesuai dengan persekitarannya ... Maha Suci Allah  yang mengetahui segala keperluan makhluknya.... 

Isnin, Februari 11, 2013

AKTIVITI CUTI TAHUN BARU CINA ... MELAWAT MAKAM LAMA

Cuti umum hari ini... aku bersama tiga orang rakan mengisi masa dengan menziarahi makam lama di Lembah Bujang, Merbok, Bedong, Kedah.... bertolak dari rumah kami di Sungai Petani... seawal jam 8 pagi dengan bermotorsikal... kerana terpaksa menempuh jalan kampung yang sempit .... lebih sesuai bermotorsikal...
Pemandangan komplek makam dari jauh
Makam Sultan Muzaffar Shah 1
Komplek makam di Kampung Langgar, Bujang, Bedong, Kedah.
Tertulis pada batu penerangan ini : Makam Sultan Muzaffar Shah 1  Maharaja Derbar Raja II memerintah Kedah dari tahun 1136M hingga 1179M. Pusat pemerintahannya di Bukit Meriam. Baginda merupakan raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam dan menukar namanya Sultan Muzaffar Shah. Baginda mangkat pada tahun1179M dan dimakamkan di Kampung Langgar, Mukim Bujang.
Deretan kubur dalam komplek makam.

Sabtu, Februari 02, 2013

JAMBATAN ANEH... TIADA ARAH TUJU,,,



Jambatan ini dibina pada 1917 untuk menyambung laluan dari Mangapurua ke wilayah baru yang dibuka oleh pihak kerajaan. Rancangan untuk membina jalan merentasi hutan belantara tersebut telah tergendala menyebabkan ia terbiar sekian lama....
Jambatan aneh dan terbiar ini terletak di Whanganui National Park, New Zealand dikenali sebagai "Bridge to Nowhere"... terletak di tengah-tengah hutan rimba Mangapurua Stream dan hanya boleh dilawati dengan menggunakan bot atau kayak kemudian perlu meredah hutan dengan berjalan kaki selama 40 minit....walau bagaimanapun ia menjadi tarikan pelancong di Whanganui National Park...