Isnin, Februari 11, 2013

AKTIVITI CUTI TAHUN BARU CINA ... MELAWAT MAKAM LAMA

Cuti umum hari ini... aku bersama tiga orang rakan mengisi masa dengan menziarahi makam lama di Lembah Bujang, Merbok, Bedong, Kedah.... bertolak dari rumah kami di Sungai Petani... seawal jam 8 pagi dengan bermotorsikal... kerana terpaksa menempuh jalan kampung yang sempit .... lebih sesuai bermotorsikal...
Pemandangan komplek makam dari jauh
Makam Sultan Muzaffar Shah 1
Komplek makam di Kampung Langgar, Bujang, Bedong, Kedah.
Tertulis pada batu penerangan ini : Makam Sultan Muzaffar Shah 1  Maharaja Derbar Raja II memerintah Kedah dari tahun 1136M hingga 1179M. Pusat pemerintahannya di Bukit Meriam. Baginda merupakan raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam dan menukar namanya Sultan Muzaffar Shah. Baginda mangkat pada tahun1179M dan dimakamkan di Kampung Langgar, Mukim Bujang.
Deretan kubur dalam komplek makam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan