Khamis, Mac 28, 2013

BERBUNGA TUNGGAL

Cantik ??? Bunga apa agaknya ???
Inilah bunga kacang lendir atau kacang bendi ... dikatakan ia berasal dari Afrika Tengah, buahnya dijadikan sayur dan batangnya digunakan sebagai serat.
Maha Suci Allah ... bila melihat keindahan alam ... ingatlah kebesaran Allah Maha Pencipta

Rabu, Mac 27, 2013

KEINDAHAN MASJID ABDULLAH FAHIM

Masjid Abdullah Fahim terletak di Bertam Perdana, Seberang Perai, P. Pinang... dinamakan sempena seorang tokoh tempatan Abdullah Fahim .... seorang ulama' dan tokoh falak terkemuka ... tarikh kemerdekaan negara dikatakan dipilih oleh beliau  mengikut perkiraan ilmu falak
Anjung sebelah kiri masjid
Ruang solat utama yang luas dan selesa