Jumaat, Jun 21, 2013

ULAR ANEH MIRIP ALAT KELAMIN LELAKI


Spesis ular terbaru dijumpai di Amazon,Brazil. Apa yang menjengkelkan adalah ular ini seakan-akan bentuk kemaluan seorang lelaki.

Haiwan ini dikatakan mirip dan seakan ular namun tidak memiliki mata seperti ular, sehingga diduga buta. Ia hidup di kawasan berair yang hangat dan mengalir deras.
Ular unik itu dinamakan Atretochoana Eiselti dan ditemui di dasar Sungai Madeira di Rondonia. Sejumlah 6 ekor ditemui di empangan yang bersambung dengan Sungai Amazon.

Rabu, Jun 12, 2013

RUMAH DI TENGAH LEBUHRAYA


Sebuah bangunan lima tingkat yang terasing ini tetap teguh berdiri di tengah-tengah lebuh raya yang baru di buka. Lebuh raya tersebut terletak di Wenling, Wilayah Zheijang, China.
Sebuah keluarga dari kampung Xiazhangyang berkeras untuk tetap tinggal di bangunan tersebut kerana mereka tidak berpuas hati dengan kadar pampasan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.
Seperti yang dilaporkan oleh China Daily yang dikutip oleh AsiaOne, Jumaat (23/11/2012), bangunan yang berada tepat di atas lebuh raya tidak diruntuhkan kerana keluarga berkenaan tidak mahu menerima pampasan dari pihak kerajaan.
Sedangkan, jiran-jiran mereka yang lainnya yang tinggal bersama di dalam bangunan tersebut telah pun berpindah keluar ke tempat yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu di Stesen Wenling.

Rabu, Jun 05, 2013

BUNGA TERBIAR

Bunga kecil yang menarik dari tumbuhan liar seakan-akan rumput.
Warna berbeza dari spesis yang sama
Seakan-akan rumput liar... menghasilkan bunga yang menarik...